Rabu, 17 Disember 2008

kekurangan itu satu anugerah...

setiap insan dikurniakan Allah kekurangan dan kelebihan masing-masing... setiap kekurangan dan kelebihan kita adalah anugerah yang amat bernilai untuk kita hargai.. jangan pernah menyalahkan takdir atas kekurangan yang kita miliki.. sebaliknya bersyukurlah kerana ada lagi insan lain yang mempunyai kekurangan yang lebih dari kita... suatu ketika dulu aku pernah diejek oleh orang lain kerana kekurangan yang aku miliki dan aku pernah merasa terhina kerananya... tapi kini aku sedar kerana kekurangan inilah aku jadi seorang yang kuat semangat dan tabah.. aku tak kisah kalau ada orang yang mengejekku lagi kerana kekuranganku ini adalah anugerah dari Allah... aku terima segalanya dengan redha... jangan pernah sesekali kita memandang rendah dan menghina kekurangan seseorang kerana kita juga mempunyai kekurangan... terimalah segalanya dengan redha...

cikmi tulis ni sebab cikmi pernah rasa sakitnya bila ada orang memandang rendah dan menghina diri cikmi kerana kekurangan yang cikmi miliki...

wassalam...

Tiada ulasan: