Sabtu, 27 Disember 2008

interview rabu 24 dis 08...

salam.. hari tu hari rabu 24/12/08 cikmi ada interview kerja... bohong la kalau cikmi kata cikmi tak harap untuk dapat keja tu... cikmi harap cikmi akan berjaya dalam interview tu walaupun kebarangkalian untuk cikmi dapat keja tu cuma 1/7 saja... yalah nak ambil cuma sorang tapi yang g interview tu 7 orang... semua hebat-hebat belaka... kalau ada rezeki cikmi kat situ dapat lah cikmi kerja... cikmi cuma mampu berdoa dan bertawakal ja...

wassalam...

Selasa, 23 Disember 2008

rindu pada 'seseorang'...

entah lah kenapa tiba-tiba cikmi teringat pada 'seseorang'.. rindu... walaupun cikmi sedar cikmi bukan untuk 'seseorang' tu... tapi bila hati dah mencintai dia kita akan ingat kan dia walaupun 'seseorang' tu tak pernah pun ingatkan kita... tapi tak kisah lah asal kan cikmi tahu dia sentiasa sihat dan bahagia cikmi turut rasa bahagia... biarpun dia bukan dengan cikmi... siapa pun yang dia pilih untuk bersama dia pastinya wanita seorang yang sangat bertuah... pastinya wanita itu adalah yang terbaik untuk dia... cikmi akan doakan kebahagiaan dia dari jauh....

wassalam...

salam maal hijrah...

salam.. diam tak diam kita dah nak sambut tahun baru 1430h.. cepatnya masa berlalu.. bercakap tentang tahun baru ni kan mesti ada azam tahun baru kan... tapi seperti tahun tahun sebelum ni azam cikmi tak pernah tercapai... setiap tahun azam cikmi sama ja... entahlah bila akan tercapai.. tapi cikmi akan berusaha untuk mencapainya.... InsyaAllah kalau Allah mengizinkannya pasti azam cikmi akan tercapai... dalam hidup ni kita mesti berfikiran positif...

wassalam...

nak p interview esok...

sebenarnya cikmi sekarang ni tengah resah dan gelisah ni.. sebab esok cikmi ada interview kerja.. tak tau lah macam mana... hmmm entah lah nak merapu apa esok ni... tengok lah macam mn esok ni... Ya Allah pinjamkan lah aku sedikit kekuatan-Mu untuk aku menghadapi hari esok... amin...

wassalam...

Jumaat, 19 Disember 2008

kekurangan itu satu anugerah... (2)

cikmi suka baca artikel ni..ianya memberi semangat pada cikmi.. cikmi ambil artikel ni kat satu laman web... baca dan hayati kisah tempayan retak ni... banyak pengajaran yang dapat diperolehi dari kisah ni...

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapatmembawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja sitempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak ituberkata kepada si tukang air,"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu.""Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?""Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belaskasihannya, ia berkata,"Jika kita kembali ke rumah majikan besok. Aku ingin kamu memerhatikanbunga-bunga indah di sepanjang jalan."Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.Si tukang air berkata kepada tempayan itu,"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semuaadalah tempayan retak.. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilahkelemahan kita. Ketahuilah, di dalam setiap kelemahan, kita menemui kekuatan kita.

kadang-kadang kita hanya nampak kelemahan kita tapi kita tak pernah perasan disebalik kelemahan kita, itulah sebenarnya kekuatan kita...
fikir-fikirkanlah...

wassalam...

Rabu, 17 Disember 2008

kekurangan itu satu anugerah...

setiap insan dikurniakan Allah kekurangan dan kelebihan masing-masing... setiap kekurangan dan kelebihan kita adalah anugerah yang amat bernilai untuk kita hargai.. jangan pernah menyalahkan takdir atas kekurangan yang kita miliki.. sebaliknya bersyukurlah kerana ada lagi insan lain yang mempunyai kekurangan yang lebih dari kita... suatu ketika dulu aku pernah diejek oleh orang lain kerana kekurangan yang aku miliki dan aku pernah merasa terhina kerananya... tapi kini aku sedar kerana kekurangan inilah aku jadi seorang yang kuat semangat dan tabah.. aku tak kisah kalau ada orang yang mengejekku lagi kerana kekuranganku ini adalah anugerah dari Allah... aku terima segalanya dengan redha... jangan pernah sesekali kita memandang rendah dan menghina kekurangan seseorang kerana kita juga mempunyai kekurangan... terimalah segalanya dengan redha...

cikmi tulis ni sebab cikmi pernah rasa sakitnya bila ada orang memandang rendah dan menghina diri cikmi kerana kekurangan yang cikmi miliki...

wassalam...

Isnin, 15 Disember 2008

sejarah dan kelebihan ayat kursi...

artikel ni cikmi dapat dari email.. ada orang send kat email cikmi..
sama-sama lah kita hayatinya..

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

aku suka bangat lagu ni...

aku suka sgt2 dengan lagu ni.. lirik dia mmg best.. jom hayati lirik lagu ni..

Laskar Pelangi…

mimpi, adalah kunci
untuk kita menaklukan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi,
takkan terikat waktu…
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang dijiwa..
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita didunia
selamanya…
cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita…
laskar pelangi,
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi dibumi…
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita didunia
selamanya…selamanya…
laskar pelangi,
takkan teikat waktu…

penyanyi: nidji lagu: laskar pelangi

Sabtu, 13 Disember 2008

bila aku jatuh cinta...

***BILA KUJATUH CINTA***

Allahu Rabbi aku minta izin
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang
Hingga membuat lalai akan adanya Engkau

Allahu Rabbi..
Aku punya pinta
Bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan
cinta-Mu yang tak terbatas
Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Allahu Rabbi..
Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta
Pilihkan untukku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu
dan membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Rabbi..
Bila suatu saat aku jatuh hati
Pertemukanlah kami
Berilah kami kesempatan
untuk lebih mendekati cinta-Mu

Allahu Rabbi..
Pintaku terakhir
adalah seandainya kujatuh hati
Jangan pernah kau palingkan wajah-Mu dariku
Anugerahkanlah aku cinta-Mu..
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu "

cintaku..

cinta... ada apa dengan cinta??? kalau nak bicara tentang cinta aku memang bukan pakarnya sebab aku tak pernah bercinta... (maksudku bercinta dengan seorang yg bernama lelaki) tapi aku mencintai penciptaku Allah Yang Esa.. aku mencintai rasulku Muhammad S.A.W.. aku mencintai mak dan ayah ku dan aku juga mencintai adik beradik ku... dan aku juga mencintai 'seseorang' yang dia tak pernah pun tahu aku mencintai dirinya... nanti lah suatu masa aku ceritakan tentang that 'seseorang' tu...

adios... wassalam..

sampai bila aku harus begini...

aku pun ta tak tahu sampai bila aku harus macam ni.. bila lah aku nak dapat kerja ni???aku dah penat jd pengangur... sampai bila aku harus jd beban pd mak dan ayah aku?? sepatutnya aku yang bantu mereka.. kurangkan beban mak dan ayah.. tapi aku hanya tambah kan beban mereka.. kawan2 ku yang lain semuanya dah bekerja.. punya pendapatan sendiri.. tapi aku??? aku dah penat hidup macam ni... aku perlu buat sesuatu... aku dah penat hidup macam ni... aku sedih sangat... aku just nak luah kan apa yang terbuku dhati ku saat ni.. sbb kat blog ni lah tempat aku luahkan segala-galanya...

adios... wassalam...

Rabu, 3 Disember 2008

penantianku...

kata orang penantian itu satu penyeksaan.. bagi yang pernah merasa seksanya penantian itu pastinya mengerti perasaan ku ketika ini... aku tak tahu sampai bilakah harus aku menanti... mungkin betuk kata ibuku aku harus sabar untuk menanti sesuatu... tapi aku tak tahu sampai bila lagi aku dapat bertahan...Ya Allah bantulah aku hambaMu ini.. berikan lah aku sifat kesabaran yang tinggi...

Isnin, 1 Disember 2008

Indahnya pelangi...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Indahnya pelangi di kaki langit...
hadirnya selepas gerimis..
itulah tandanya kekuasaan Yang Esa...

ini merupakan satu permulaan yang baru dalam hidupku... mungkin juga hobi baru...
diwaktu yang masih ada ini akan ku coretkan apa yang tersingkap dihatiku...untuk meluahkan rasa yang terbuku dihati ku...

jumpa lagi...adios...