Isnin, 5 Januari 2009

siapalah aku disisi-Mu Ya Allah...

Menanti saat hiba, di dalam pasrahku menghadapMu
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu.
Dalam pasrahku dihadapanMu dengan zikrullah
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMU.
Dengan Zikiruallah aku mengingati dosa dosa lampauku
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu
Dosa dosa yang aku lakukan di masa lalu benar-benar membuatku tersedar
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu.
Aku tersedar dan terbangun dari ingauan mimpi mimpi ngeriku
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu.
Jangan engkau khayalkan aku dan terlupa lagi akan diriku ini
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu
Sesungguhnya aku sedar aku adalah di antara manusia yang dalam kerugian
dan janganlah Engkau biarkan aku dalam sekelip mata..lindungilah aku,
tetapkan imanku,berikan kebijaksanaan dan ilmu…..
kerana aku sedar..Siapalah aku di sisiMu…
Ya Allah! Ampunkan dosaku Ya Rabbi.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

1 ulasan:

naz ilyn berkata...

Salam...

siapalah aku di sisi Mu
terasa kerdil dan hamba
tak sanggup mengangkat muka dengan Mu
aku hanya insan hina
mengharap sesuatu dari Mu
agar diri ini damai menghadap Mu