Selasa, 13 Januari 2009

kain sulaman kerawang...

hari ni cikmi nak cerita pasal kain... cikmi sekarang ni tolong mak cikmi jual kain.. tapi bukan kain biasa tau.. cikmi jual kain sulaman kerawang.. sulaman dia kat bahagian tangan.. cantik lah..
tengok lah contoh gambar-gambar kain yang ada dalam stok cikmi sekarang nie...


yang warna hijau lumut ni kain sulaman kerawang manik untuk baju sahaja..



yang warna purple ni sepasang sulaman kerawang manik...



yang biru ni pun untuk baju sahaja.. sulaman kerawang manik...

sebenarnya banyak lagi kain yang ada... ada juga sulaman kerawang untuk kain yang corak... harga pun boleh tahan lah.. antara rm120-rm160... bergantung pada jenis kain dan jenis sulaman.. ada kerawang biasa ada jugak kerawang manik...

kalau ada sesiapa berminat nak beli boleh email cikmi kat sakura_2708@yahoo.com ataupun pelangicikmi@gmail.com (penghantaran melalui pos ) atau sulamankerawang.blogspot.com

wassalam...


Ahad, 11 Januari 2009

sesungguhnya kejadianmu muslimah begitu indah...

hari ni cikmi nak letak / kongsi satu sajak ni.. cikmi suka sangat dengan bait-bait indah dalam sajak nie...

Sesungguhnya kejadianmu muslimah begitu indah.
Tercipta daripada rusuk adam untuk dilindungi Dan disayangi
Bukan di kepala untuk disanjung
Bukan juga di kaki untuk dipijak


Lantaran daripada keindahanmu itu,
Kau ibarat sekuntum bunga mawar
Keharumanmu bisa menarik perhatian sang kumbang
Untuk mendekatimu
Adakah semudah itu akan kau serahkan dirimu???


Renungilah pada keindahan bunga mawar
Yang unggul terjaga berpagarkan duri
sebagai bentengDari kejauhan,
keharumannya mencuri perhatian
Kilauan warna yang memancar indah menjadi tarikan


Namun lantaran pagaran duri iman yang berbisa itu
Si kumbang tunduk kagum
Terhadap keindahan yang terjaga
Ia akan berfikir berkali-kali sebelum mendekatinya..


Akuilah hakikat kejadian dirimu
Yang menjadi pelemah iman lelaki
Seandainya pakaian malu kau tanggalkan
Dan perbatasan aurat kau abaikan
Jadilah kau sekuntum bunga yang indah
Tapi sayang seribu kali sayang
Tak berduri
Kau tidak layak digelar mawar berduri!

Ingatlah
Muslimah solehah tidak melihat lelaki
Dan lelaki tidak melihatnya..
Peliharalah keindahanmu
Untuk si kumbang Yang bergelar
….SUAMI…


cikmi suka dengan kata-kata indah dalam sajak ni.. mampu kah cikmi untuk unuk jadi seperti mawar berduri.. keindahannya hanya untuk sikumbang yang bergelar suami... InsyaAllah cikmi akan berusaha untuk jadi seperti mawar berduri itu...

Rabu, 7 Januari 2009

selamatkan palestin...



gambar diatas ni antara gambar-gambar yang menunjukkan kekejaman israel.. tengoklah yang jadi mangsanya kanak-kanak yang tak berdosa...

sedih... memang sedih bila kita tengok berita tentang kekejaman israel ke atas palestin... dan yang jadi mangsanya adalah penduduk-penduduk palestin terutamanya wanita dan kanak-kanak... cikmi cuma mampu berdoa supaya Allah selamatkan mereka dari kekejaman israel...
Bismillahirahmanirrahim...........
Ya Allah Ya Tuhanku Tuhan Yang Maha Kuasa Di Langit Dan Di Bumi........Di Hari Penghulu Segala Hari Ini Kau Perkenankanlah Doa Aku Hamba Mu Yang Tidak Berdaya Ini............Engkau Peliharakanlah Saudara Saudaraku Di Palestin Dari Kekejaman Bangsa Yahudi Yang Amat Angkuh Di Bumi Mu Ya Allah..............Engkau Berikanlah Kekuatan Kepada Saudara-Saudaraku Yang Berjihad Dipalestin Dengan Ketabahan Dalam Menghadapi Ancaman Dari Kaum Yahudi Yang Dilaknat.. Ya Allah...............Engkau Satukanlah Hati Umat Umat Islam Yang Berpecah Belah Pada Hari Ini Dalam Menegakkan Agama Mu Dan Menghadapi Ancaman2 Dari Pihak Kafir Yang Ingin Menghancurkan Islam Ya Allah...Ya Allah Ya Tuhanku Engkau Perkenankanlah Doa Ku Ini....Kerana Hati Ini Tidak Berdaya Lagi Untuk Melihat Kesengsaraan Yang Di Hadapi Saudara2 Ku Di Palestin.....Sesungguhnya Tidak Ada Daya Melainkan Daya Engkau Ya Allah .......Amin Ya Robbalalamin

pernah tak kita terfikir selama ni dah berpuluh-puluh tahun kafir laknatullah merebut tanah palestin ni.. berpuluh tahun peperangan ni berlaku..tapi mereka masih belum mampu menghancurkan dan menawan palestin sepenuhnya... kalau nak dibandingkan dengan senjata dan kekuatan yang mereka ada jauh lebih kuat dari para pejuang syahid di palestin... kenapa??? sebabnya adalah kerana disitu adanya perlindungan dari Allah S.W.T... Subhanallah...walallahualam...
Allahhuakbar...Allahhuakbar...Allahhuakbar....
wassalam...






Selasa, 6 Januari 2009

rutin hidup cikmi seharian... bosankan???

sebenarnya hari ni cikmi nak cerita pasal rutin hidup cikmi yang membosnkan sepanjang hampir 7 bulan ni... hmmm... dari hari ahad sampai khamis.. kalau hari jumaat dan sabtu tak lah boring sangat sebab semua orang cuti dan ada kat rumah... dari hari ahad sampai khamis.. cikmi bangun pagi pukul 6.30 solat subuh.. pastu tidor balik (mestilah rutin harian..hehehe).. bangun pukul 10pg.. (ish22 anak dara apa ni??).. masak utuk mak ngan ayah (mak n ayah g kerja)... lepas siap masak kira2 pukul 12 makan (branch = breakfast + lunch).. pastu buka internet.. tgk apa yang patut.. pastu boring berinternet tgk tv pulak.. pastu kira2 pkl 2 ptg mak dan ayah balik kerja..(blk dr sekolah diaorang kerja cikgu).. hidangkan makan kat mak ngan ayah (nak jd anak yang solehah..=p).. pastu solat zohor.. pastu tgk tv.. (tp sekarang ni dah tak da citer best..) boring tgk tv cikmi tidor.. (tembamkan muka..tp tak lah tidor setiap hari..).. boring kan.. hari2 ni lah rutin cikmi... bangun tidor kira2 pukul 5.30 ptg solat asar pastu tgk tv lagi..hmm boring na.. pastu mandi dan solat magrib... 8 mlm makan malam.. pastu tgk tv/ melayari internet.. pastu dah boring.. solat isyak dan tidor..zzzzz... macam ni lah rutin hidup cikmi dari hari ahad sampai khamis... kalau orang lain mesti kata bestnya.. kalau seminggu 2 boleh la tahan.. tapi cikmi dah laluinya selama hampir 7 bulan... hmmm... bilalah rutin harian cikmi ni nak berubah...(maksudnya bilalah aku nak dapat kerja???)...cikmi dah bosan hidup macam ni... hmmm....berat badan pun dah gemuk.. pipi pun dah makin tembam...hmm... ni sekadar luahan rasa cikmi yang dah tak tahan hidup macam ni... (suka ati cikmi lah nak citer apa pun kan.. ni kan blog cikmi...=p)

Ya Allah Ya Tuhanku... berikanlah aku sifat kesabaran yang tinggi...agar aku dapat meneruskan kehidupan dibumi-Mu ini...amin...

wassalam...

Isnin, 5 Januari 2009

siapalah aku disisi-Mu Ya Allah...

Menanti saat hiba, di dalam pasrahku menghadapMu
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu.
Dalam pasrahku dihadapanMu dengan zikrullah
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMU.
Dengan Zikiruallah aku mengingati dosa dosa lampauku
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu
Dosa dosa yang aku lakukan di masa lalu benar-benar membuatku tersedar
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu.
Aku tersedar dan terbangun dari ingauan mimpi mimpi ngeriku
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu.
Jangan engkau khayalkan aku dan terlupa lagi akan diriku ini
Ya Rabbi.Siapalah aku di sisiMu
Sesungguhnya aku sedar aku adalah di antara manusia yang dalam kerugian
dan janganlah Engkau biarkan aku dalam sekelip mata..lindungilah aku,
tetapkan imanku,berikan kebijaksanaan dan ilmu…..
kerana aku sedar..Siapalah aku di sisiMu…
Ya Allah! Ampunkan dosaku Ya Rabbi.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

cinta seperti angin...

Saat Kau Tanya Seberapa Dalam Cintaku Padamu
Aku hanya diam dan tersenyum
saat Kau Tanya Kenapa tersenyum
Aku lalu terdiam dan membisu
Lalu kau kembali menyanyakan Kepadaku
Apakah Benar Kamu Mencintaiku
lagi-lagi mulut ini kembali membatu
Sedikit aura murka tersirat pada mukamu

Lalu kau kembali bertanya kepadaku
Maukah kau mencintai ku seperti matahari kepada bumi
seperti sebelumnya aku hanya diam dan membisu
Dan Kau Mulai Marah dengan Apa yang Terjadi

Tapi tetap kau tanyakan lagi kepadaku
Apakah kau bisa mencintaiku seperti bulan kepada malam
Lagi-lagi aku kembali terdiam seperti yang lalu
kali ini Kau mulai mensuarakan kekesalan mu.

Lalu aku menjawab, Aku akan mencintaimu seperti angin
Tidak seperti matahari yang mencintaimu hanya pada siang hari
Tidak Seperti Bulan yang mencintaimu hanya pada malam hari
Cintaku ada seperti Angin yang kau butuhkan untuk Hidup mu
Angin Itu ada tidak hanya siang,
Tidak Juga pada Malam...

Angin selalu ada disaat kau masih bernyawa
tidak peduli siang atau malam
Angin bisa menghiburmu disaat kau gundah
Angin juga ada saat kau sedang tertawa bahagia
Aku ada tuk menerbangkan sayap-sayap indahmu tuk gapai impianmu
Aku Angin yang selalu kau butuhkan tetapi tak kasat dalam matamu
Cintaku kepada mu, seperti angin akan ada disetiap detik waktumu
Begitulah aku mencintaimu,
karena Aku adalah angin untuk putera hatiku


angin adalah udara... kita memerlukan udara untuk bernafas...
cikmi suka dengan sajak ni..walaupun tak tahu siapa penulisnya... cikmi ambik sajak ni kat satu website...
renung-renungkanlah...

wassalam...

gagal dalam interview hari tu...=(

cikmi nak citer sikit ni... cikmi rasa sedih sangat sekarang... cikmi dah gagal dalam interview ari tu... apa yang cikmi nak buat sekarang ni??? hmmm.... cikmi redha sebab kerja tu bukan rezeki cikmi... tapi sebagai manusia biasa cikmi berhak untuk rasa sedih dan kecewa kan... mungkin ada rezeki lain yang lebih baik lagi diluar untuk cikmi...InsyaAllah... ayah cikmi pun cakap suruh cikmi banyakkan sabar sebab Allah sayang orang yang sabar... hmmm... tapi sampai bila cikmi harus bersabar?????

wassalam...

Jumaat, 2 Januari 2009

selamat datang 2009...

walaupun ari ni dah masuk 2/1/09 tapi masih belum terlambat cikmi nak ucapkan selamat tahun baru 2009... dah masuk tahun 2009 dah... cepat nya masa berlalu... rasa nya macam cepat sangat masa berlalu... hmmm.... tahun 2008 dah tinggal kan kita... sedih rasanya... banyak kenangan pahit manis, suka duka telah berlaku tahun 2008... paling manis berlaku tahun lepas cikmi ialah hari konvo untuk 1st degree cikmi... tu lah kenangan paling manis yang berlaku dalam hidup cikmi dalam tahun 2008... penat tau 3 tahun cikmi berusaha semata-mata untuk dapat sekeping ijazah tu... kenangan paling pahit pulak... hmmm... apa erk?? entah lah cikmi pun dah lupa... lupakan ja lah kenangan yang pahit2.. ingati kenangan yang manis2 ja... tu kan lebih baik.... cikmi harap tahun 2009 ni akan memberi seribu satu kenangan pahit manis dalam hidup kita... kerana kenangan dan pengalaman hidup ni adalah satu yang amat berharga dalam hidup kita... cikmi harap juga cikmi akan dapat keja tahun ni...InsyaAllah.... amin...

wassalam...